Friday, August 29, 2008

Majlis Perbandaran

Majlis perbandaran ialah nama bagi sebuah kerajaan tempatan atau juga dikenali pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mentadbir sebuah kawasan yang bertaraf perbandaran.

Monday, August 18, 2008

Projek Perumahan


Projek perumahan di sebelah adalah merupakan projek di bawah Program Pemantauan Setinggan Sifar 2005 yang dimajukan secara usahasama di antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Syarikat Perspektif Masa Sdn. Bhd.
Pembinaan projek perumahan ini merangkumi kawasan seluas lebih kurang 21.15 ekar di Jalan Aman, Kg. Berembang Hilir, Daerah Gombak.


Komposisi pembangunan di projek ini adalah seperti berikut :

JENIS RUMAH : Rumah Pangsa Kos Rendah
UNIT : 694

ulasan daripada implikasi pembangunan bandar terhadap masyarakat

Pembangunan bandar telah mewujudkan dua keadaan iaitu kebaikkan dan keburukan...jika dilihat dari aspek sosial pembangunan bandar telah mencetuskan lebih banyak keburukkan berbanding kebaikkan...masyarakat yang hidup di bandar dikelilingi oleh kemodenan seperti televisyen, komputer, telefon bimbit dan sebagainya...oleh kerana zaman kini adalah zaman dunia tanpa sempadan maka mudahlah bagi unsur-unsur yang berupa kebaratan masuk ke Malaysia. Dapat dikatkan dengan kemodenan harta benda tadi maka remaja mudah terpengaruh dengan budaya barat seperti cara pemakaian, bahasa, budi bahasa dan sebagainya...selain itu masalah sosial yang lain ialah kecurian, rompakan, ragut dan sebagainya...kos hidup yang tinggi di bandar telah memaksa masyarakat untuk melakukan jenayah bagi memperolehi wang...di bandar wang adalah segala-galanya..tanpa wang masyarakat tidak boleh hidup..

Penempatan

Kampung Setinggan

Kampung Setinggan merupakan satu petempatan di bandar atau pinggir bandar yang penghuninya tidak mempunyai hak nyata ke atas pemilikan. Aktiviti penduduk di Kampung Setinggan adalah terdiri daripada peniaga, kakitangan awam dan swasta dan sebagainya. Penduduk di kampung setinggan adalah terdiri daripada pelbagai kaum. Walau bagaimanapun, disebabkan keperluan terhadap buruh asing yang mendesak, penduduk yang mendiami kawasan setinggan adalah pendatang asing yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh binaan dan buruh di kawasan lperladangan. Kepadatan penduduk di kawasan ini adalah sederhana dan rumah didirikan secara rapat-rapat. Tiada susunan yang jelas ke atas corak petempatan kawasan setinggan ini, rumah-rumah dihubungi dengan lorong-lorong kecil sahaja. Perkampungan setinggan pada lazimnya tidak mempunyai kemudahan asas dan utiliti yang sempurna, sebaliknya menggunakan kemudahan-kemudahan di kawasan berdekatan atau jika ada pun ianya dikongsi bersama. Contoh kampung ini ialah Kampung Abdullah Hukum, di bahagian barat pusat bandaraya Kuala Lumpu.