Friday, October 31, 2008

Bandar Baru Salak Tinggi (BBST)

Pak cik sedang bercerita tu...gaya dia seolah-olah penceramah kan? Pak cik Amran peramah orangnya..banyak betul beliau bercerita, pakcik Amran seorang peniaga apam balik,..menurut beliau BBST ni tidak banyak masalah..kerana semua kemudahan ada di sana...kerana beliau juga memberitahu keadaan BBST sekarang berbeza jika dibandingkan masa mula-mula beliau menetap disini 15 tahun yang lepas..kerana dulu masalah banjir sering berlaku namun sekarang masalah banjir sudah tidak ada lagi..untuk pengetahuan pembaca semua, BBST ni baru dibuka bagi menampung lebihan penduduk di daerah Sepang..jadi banyak Kemudahan yang disediakan..namun menurut beberapa respondan yang lain, kami mendapati masalah parking menjadi masalah penduduk di sana...selain itu juga masalah kerosakan longkang..yang menyebabkan pengaliran air terganggu..walaupun tidak mnyebabkan banjir namum ia boleh mendatang masalah takungan air dan sampah..yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit berjangkit kepada penduduk di situ seperti penyakit denggi..diharap pihak terbabit peka terhadap masalah ini..


Inilah masalah parking di BBST yang kami bagitau tadi..Inilah masalah kerosakkan longkang...

Dengkil



Inilah antara Masalah yang terdapat kat Dengkil... kami sempat melihat keadaan Taman Baiduri yang dilanda banjir akibat daripada longkang tersumbat dan banjir sering berlaku apabila hujan turun dengan lebat.....menurut respondan yang kami yang temubual, kawasan ini sering dilandar banjir setiap kali hujan lebat......walaupun longkang tidak tersumbat masalah banjir tetap berlaku kerana longkang yang ada di Taman Baiduri sempit dan tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.. oleh itu, saya berharap agar pihak yang terbabit mengambil tindakan segera dalam menangani masalah ini..agar memberi keselesaan kepada penduduk Di Taman ini..














Beginilah keadaan longkang...yang banyak dengan sampah..setelah pembersihan longkang sampah sarap diletakkan ditepi longkang...ini menyebabkan masalah bau dan pecemaran kawasan sekitar di Taman Jaya..






Sunday, October 19, 2008

Masalah Bus Stop



Inilah masalah yang kami katakan tu...di dengkil masalah kekurangan kemudahan bus stop...menurut respondan kami di Dengkil bas akan berhenti mana-mana tempat yang menjadi tumpuan orang ramai menunggu bas..biasanya bas akan berenti di kawasan jejantas..adakah tempat ini sesuai dijadikan bus stop???klu nak tahu pergila tengok dekat Taman Dengkil Jaya...

Rezeki Kami...



Ini adalah pak cik-pak cik yang bekerja di FAMA..nasib kami baik kali ini..kerana mendapat respondan yang baik hati dan senang untuk ditemu ramah..mereka la yang sudi hantar kami ke tempat survey yang senang untuk mendapatkan respondan...banyak maklumat yang kami dapat daripada mereka......terima kasih atas bantuan dan kerjasama pak cik semua.

Akhirnya baru kutahu..

Assalamualaikum semua....kini baru kutahu rupanya Dengkil bukanlah sebuah kawasan perkampungan....sebelum ini aku hanya fikir bahawa kawasan Dengkil itu sebuah pekan yang terpencil dan tidak mempunyai kemudahan yang lengkap...macam-macam pandanganku terhadap kawasan tersebut..namun setelah aku dan rakan-rakan yang lain pergi sendiri ke Dengkil baru lah aku tahu bahawa Dengkil tidak seperti apa yang aku fikirkan selama ini...rupanya bandar Dengkil merupakan sebuah bandar yang sedang membangun dan mempunyai potensi untuk dimajukan..

Kami memilih bandar Dengkil yang pertama untuk disurvey dan menemubual penduduk kawasan itu..banyak maklumat dan pengetahuan tentang Dengkil yang kami perolehi hasil daripada temubual kami dengan penduduk di situ..penduduk di sana sangat berpuas hati dengan tahap perkembangan di bandar Dengkil pada masa ini berbanding pada tahun-tahun sebelum ini. Mereka juga mengatakan hasil perkembangan bandar Dengkil juga disebabkan ianya berdekatan dengan Sepang dan Putrajaya..ekoran daripada pembangunan di kawasan itu..Dengkil menerima tempias dari segi pembangunan dan juga mempunyai hampir kesemua kemudahan..dan boleh dikatakan Dengkil kini berada di tahap kawasan yang membangun..

Namun menurut beberapa respondan yang kami temubual...bandar Dengkil masih lagi mempunyai masalah lain terutamanya dari segi pengangkutan...ini kerana Bandar Dengkil masih lagi kekurangan tempat menunggu bas atau bus stop..ini menjadi masalah kepada penduduk setempat untuk menunggu bas dalam keadaan panas dan hujan..diharap kepada pihak berkenaan dapat menangani masalah secepat mungkin untuk keselesaan penduduk..kini banyak bangunan-bangunan baru yang sedang dibina di kawasan bandar Dengkil..akhirnya segala persoalan yang menjadi tanda tanya sbelum ini telah terjawap bahawa bandar Dengkil bukan lah kawasan yang terpencil dari segi pembangunan setelah aku dan rakan-rakan turun ke kawasan kajian kami..baru kami tahu..tahap perkembangan dan juga masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan itu...

Friday, October 17, 2008

Hari Pertama di Fieldwork

Sebelum kami sampai ke tempat kawasan kajian...kitorang bimbang takut tidak dapat kerjasama daripada respondan.. apa yang kami fikir kaum lain adakah mereka sudi memberi kerjasama????....kawasan kajian kami adalah di daerah Sepang..pada 16 0kt 2008 iaitu hari khamis bermula lah misi kami untuk menyelesaikan tugas kami sebagai Enumerator..tujuan kami mendapatkan respondan adalah untuk melihat perspektif masyarakat terhadap kecekapan bandar di daerah tersebut...kami hanya memilih kawasan utama iaitu di Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi dan Sepang...pada hari pertama kami telah memulakan kajian di Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi..tumpuan utama kami di kawasan perumahan, taman-taman, kawasan kedai dan tempat-tempat yang terdapat orang ramai...

Apa yang saya nak kongsi adalah kesukaran untuk mendapatkan respondan untuk ditemubual..mereka tidak mahu memberi kerjasama kepada kami walaupun hanya untuk beberapa minit sahaja. Namun kesukaran itu tidak menjadi halangan kami untuk teruskan kajian kami..demi menyiapkan tugas yang telah diamanahkan kami tidak berputus asa untuk teruskan kerja ini..apa yang menyedihkan kami ialah kerjasama dari kaum lain iaitu kaum cina...agak sukar untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka..pelbagai alasan diberikan olah mereka semata-mata tidak mahu ditemubual...berbanding dengan kaum india dan melayu yang memberi kerjasama walaupun ada segelintir kaum india yang tidak tahu bahasa melayu namun atas bantuan keluarga mereka ia dapat memberi maklumat kepada kami semua..

Apa yang menarik kali ini kami mendapat respondan yang baik hati dan senang untuk ditemubual..mereka sangat ramah dan sanggup menghantar kami ke tempat lain untuk meneruskan survey kami...terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang memberi kerjasama..apa yang menjadi halangan kami ialah keadaan cuaca panas pada waktu tengahari..rasa terbakar kulit nasib baik la kami sediakan payung..disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan akhirnya..menyebabkan kajian kami terbantut..kerana hujan yang sangat lebat kami terpaksa tangguhkan kajian kami..hari pertama kami hanya mendapat 24 respondan..selama 6 jam kami berada di kawasan kajian...pengalaman ini amat bermakna buat kumpulan kami..

Jumlah Respondan

Pada 14 okt.08...group kami telah mengagihkan berapa orang respondan yang diperlukan mengikut kawasan...kali ini untuk mendapatkan jumlah penduduk setiap mukin Dengkil, sepang dan Salak Tinggi amat memeningkan kami....kerana data yang ada pada kami adalah jumlah keseluruhan penduduk daerah Sepang....namun atas bantuan pengawai MPSepang dan juga ketua setiap mukin Daerah Sepang banyak membantu kami dalam menentukan berapa orang respondan yang diperlukan mengikut kaum...terima juga kepada dr,Hamzah sedikit sebanyak memberi maklumat kepada kami..

kaum melayu 30
kaum cina 7
kaum india 8

jumlah kesemuanya adalah 45 orang

Sunday, October 12, 2008

Dengkil perlukan perhatian

Dengkil salah satu pekan yang terletak di dalam parlimen sepang ibarat sebuah kawasan 'hidup segan, mati tak mahu' kerana terletak jauh dari bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Shah Alam. Setelah terbinanya Putrajaya dan Cyberjaya, pekan Dengkil kelihatan menerima tempias pembangunan sedikit demi sedikit dengan pelbagai kemudahan sedang dimajukan. Kini, pekan Dengkil menjadi laluan penting untuk dilalui oleh mereka yang datang dari arah Banting, Kajang dan Bangi untuk menuju ke kedua-dua bandar baru itu...menjadikan Dengkil mengalami pertambahan penduduk dan sentiasa hidup serta sibuk dengan kehadiran kenderaan dan orang ramai. Di dalam kemajuan yang sedang rancak berlaku di Dengkil, terdapat beberapa aspek kelemahan perlu diperbaiki oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), terutamanya daripada segi kemudahan orang awam yang perlu mendapatkan perhatian MPSepang seperti ketiadaan perhentian bas dan terdapat beberapa jalan sudah mengalami kerosakan yang cukup teruk. Ketiadaan kemudahan perhentian bas di tengah-tengah pekan Dengkil, ia boleh menyusahkan kepada orang ramai yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam tersebut. walaupun terdapat stesen bas disediakan, namun ia tidak mendapat perhatian masyarakat kerana bas-bas di situ tidak mahu singgah di situ sebaliknya hanya akan berhenti di hadapan Masjid Jamaatus Solehah. Malahan penumpang terpaksa menunggu lama sambil berdiri kerana perkhidmatan bas bherkenaan hanya satu jam sekali. Diharap MPSepang dapat melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu itu demi keselesaan penduduk pekan Dengkil.

Saturday, October 11, 2008

Tugasan untuk projek Efi-City

Sekarang ni tengah cari maklumat tentang daerah untuk projek Efi-City dibawah selian dr.Hamzah... banyak kerja yang perlu dibuat untuk mencari populasi setiap daerah Sepang...dalam laman web MPSepang tidak ada..hanya ada untuk keseluruhan daerah Sepang sahaja.. adakah Labu masuk dalam daerah Sepang...??mesti la kan..tapi kenapa sesetengah orang kata Labu da masuk dalam negeri sembilan...alamak yang mana satu ni..hai..sekarang kena tumpukan kat Dengkil, Sepang, dan Bandar Salak Tinggi..setiap bandar tersebut kena tahu jumlah bilangan penduduk mengikut kaum..kerana untuk mendapatkan jumlah berapa orang setiap kaum untuk disoal selidik..45 respondan diperlukan untuk disoal selidik di daerah Sepang..group kita ni bila nak mulakan ni...alahai..transport pun susah..abang, kakak ada je sibuk memanjang..tunggu diorang free laa..betul la Labu dah masuk negeri sembilan..tapi mukin Labu masuk daerah Sepang...

Wednesday, October 8, 2008

Isu Babi Sepang Malaysia


Beberapa hari ini beberapa media kepunyaan kerajaan memainkan isu kelulusan Ladang Moden Babi di Kuala Langat, kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak sensitif kepada kepentingan umat Islam. Hari ini, Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa keputusan Ladang Moden Babi tersebut dibuat di dalam Mesyuarat Exco pada 30 Januari 2008 - di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Dengan adanya projek tersebut, semua penternak-penternak babi di Selangor akan dipindahkan ke satu tempat, selaras dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan Negeri mengumumkan tiada ladang babi baru akan diluluskan. Ladang baru tersebut akan menggunakan teknologi Jerman yang akan memastikan semua sisa digunakan semula di dalam kawasan ladang tersebut.

Monday, October 6, 2008

Buletin Sepang-julai 2008-


MPSepang CATAT KEJAYAAN DALAM ICT

MPSepang telah mencatat kejayaan dalam bidang informasi teknologi pada tahun ini apabila laman web MPSepang iaitu www.mpsepang.gov.my telah diikhtiraf tempat ke 4 terbaik dan tempat ke 2 bagi ‘online services’ di kalangan PBT Malaysia oleh Perbadanan Multimedia Malaysia (MDeC). Kejayaan ini sejajar dengan kedudukan Cyberjaya dalam Daerah Sepang dan sebagai sebuah PBT yangmentadbir Bandar IT ini.

USAHASAMA MPSepang DALAM MENJAYAKAN WCIT

MPSepang telah menjadi ‘supporting partner’ dalam World Congress On Information Technology 2008 (WCIT) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 18 hingga 22 Mei 2008 lalu. Satu lawatan teknikal ke Cyberjaya yang dihadiri oleh 157 peserta antarabangsa dan tempatan telah diadakan sempena WCIT tersebut bertempat di cyberview Resort pada 22 Mei 2008.


LORI HASIL BANTU PENDUDUK BUAT BAYARAN

Majlis Perbandaran Sepang kini menyediakan perkhidmatan pungutan hasil seperti sewaan, cukai dan kupon pasar dengan menggunakan lori hasil. Lori tersebut akan berada di beberapa lokasi bagi menerima pembayaran. Perkhidmatan ini membolehkan pembayar cukai, penyewa gerai dan penjaja pasar malam untuk menjalankan tanggungjawab menjelaskan bayaran tanpa perlu hadir ke pejabat MPSepang di Cyberjaya