Sunday, September 7, 2008
Info MPsepang
Friday, September 5, 2008
MPSepang-Latarbelakang-

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSepang) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada warga Sepang. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MAJLIS PERBANDARAN SEPANG bertanggungjawab terhadap Perancangan, Pembangunan dan Khidmat Masyarakat.
Pada mulanya ia dikenali sebagai Lembaga Bandaran Sepang dan kemudian dikenali dengan nama Majllis Daerah Sepang. Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Selangor melalui mesyuarat MMKN 30/2002 bertarikh 13hb November 2002 telah menaiktaraf MDS kepada MPSepang. Perakuan Suruhanjaya Pilihanraya melalui surat Bil.SPR(S)172/Jilid5/(30) bertarikh 7hb Mei 2003 turut dirujuk bagi kenaikan taraf ini. Akhirnya, Perakuan Jawatankuasa Pembangunan Cyberjaya dalam mesyuaratnya Bil.3/2002 dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara mengesahkan tentang kenaikan taraf MPSepang dan tanggal 3hb Mac 2005 MDS dinaiktaraf kepada MPSepang dan seluruh kawasan Daerah Sepang adalah meliputi kawasan MPSepang iaitu seluas 59,966 kilometer persegi.
Aktiviti Utama MPSepang
- Merancang dan mengawal pembangunan secara tersusun, sejahtera dan seimbang.
- Menyediakan kemudahan dan prasarana yang lengkap dan terkini bagi menggalakkan pertumbuhan sosioekonomi bagi Warga Pembandaran.
- Menyediakan perkhidmatan kawalselia kebersihan dan kesihatan serta kawalan penyakit berjangkit dengan berkesan dan menyeluruh.
- Menyediakan landskap yang indah dan menarik.
- Melaksanakan pencukaian dan pengurusan harta sebagai sumber utama hasil.
- Melesenkan dan mengawal aktiviti perniagaan, iklan dan penjaja.
- Menguatkuasakan undang-undang dengan tegas, adil dan saksama.
Bunga Rasmi MPSepang
Nama Saintifik - Delonix Regia
Nama Tempatan - Bunga Semarak Api
Bunga Semarak Api (Delonix Regia) bunga rasmi Majlis Perbandaran Sepang dan penamaannya telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Pemangku Raja Selangor pada 16 September 1999. Pemilihan bunga Semarak Api sebagai bunga rasmi Majlis Perbandaran Sepang adalah tepat memandangkan bunganya yang cantik berwarna merah dan ceria dapat menarik burung-burung dan serangga. Selain daripada itu, ia memberi teduhan serta hiasan yang menarik.
Daerah Sepang

Penubuhan Daerah Sepang
Mengikut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil bersempena nama pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang(Caesalpina sappan). Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasan-kawasan daerah kecil Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil) kemudian digabungkan menjadi satu daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf Daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975 . Semasa awal penubuhannya, Pusat Pentadbiran Daerah Sepang terletak di Pekan Sepang. Apabila Kerajaan Persekutuan memilih Daerah Sepang untuk menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Daerah Sepang telah dipindahkan ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) pada 26 Ogos 1983.
Bandar Baru Salak Tinggi dikenali sebagai Bandar Lapangan Terbang (Airport City) seluas 896 hektar sedang giat dibangunkan terutama melalui penswastaan supaya menjadi setaraf serta mampu menyokong projek-projek di daerah lain di Negeri Selangor. Selain daripada bangunan kerajaan, banyak kawasan-kawasan perumahan baru telah dibina dan kilang-kilang dibuka. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan awam seperti perpustakaan, stadium, dewan orang ramai dan sebagainya.
Jaringan jalan raya Daerah Sepang telah bertambah dan dipertingkatkan. Ia terdiri daripada Lebuh raya Elite di bahagian barat, Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban di bahagian timur dan Lebuh raya B20 di pertengahannya. Sistem ini akan dipertingkatkan lagi dengan jalan raya-jalan raya baru seperti South Klang Valley Expressway (SKVE), Dedicated Highway, Putrajaya Urban Motorway dan Lebuh raya B15 baru. Di Daerah Sepang juga dilengkapi dengan Sistem Kereta api Ringan (Express Rail Link - ERL) yang dibina untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui Putrajaya dan Cyberjaya. Kemudaha ninfrastruktur ini perlu bagi menampung projek-projek mega supaya pembangunan di sekitar Daerah Sepang terus berjalan lancar.
Friday, August 29, 2008
Majlis Perbandaran
Monday, August 18, 2008
Projek Perumahan

Pembinaan projek perumahan ini merangkumi kawasan seluas lebih kurang 21.15 ekar di Jalan Aman, Kg. Berembang Hilir, Daerah Gombak.
Komposisi pembangunan di projek ini adalah seperti berikut :
UNIT : 694
ulasan daripada implikasi pembangunan bandar terhadap masyarakat
Penempatan
Kampung Setinggan merupakan satu petempatan di bandar atau pinggir bandar yang penghuninya tidak mempunyai hak nyata ke atas pemilikan. Aktiviti penduduk di Kampung Setinggan adalah terdiri daripada peniaga, kakitangan awam dan swasta dan sebagainya. Penduduk di kampung setinggan adalah terdiri daripada pelbagai kaum. Walau bagaimanapun, disebabkan keperluan terhadap buruh asing yang mendesak, penduduk yang mendiami kawasan setinggan adalah pendatang asing yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh binaan dan buruh di kawasan lperladangan. Kepadatan penduduk di kawasan ini adalah sederhana dan rumah didirikan secara rapat-rapat. Tiada susunan yang jelas ke atas corak petempatan kawasan setinggan ini, rumah-rumah dihubungi dengan lorong-lorong kecil sahaja. Perkampungan setinggan pada lazimnya tidak mempunyai kemudahan asas dan utiliti yang sempurna, sebaliknya menggunakan kemudahan-kemudahan di kawasan berdekatan atau jika ada pun ianya dikongsi bersama. Contoh kampung ini ialah Kampung Abdullah Hukum, di bahagian barat pusat bandaraya Kuala Lumpu.
