Wednesday, November 19, 2008

kerja

aahhh...memang banyak yang perlu dianalisis data soal selidik...kumpulalan kami telah berusaha menyiapkan analisis data, akhirnya dapat disiapkan walaupun banyak perkara yang perlu kami lakukan dalam menyiapkan kerja ini...dengan adanya kerjasama kumpulan kami, kami berjaya settle kerja kami.. sekarang hanya menunggu masa untuk masukkan dalam blog.....iaitu tugasan kemuncak kami sebagai student. ....hehehe untuk habiskan tugasan kami semua....bagi kursus SKAD2063

Monday, November 17, 2008

cabaran memasukkan data...



Pada hari isnin, kumpulan saya telah berusaha untuk memasukkan data dengan mengunakan SPSS... selesai sahaja exam kaedah penyelidikan sosial, kami bergegas pulang semata-semata mahu siapkan kerja masukkan data yang masih belum siap sepenuhnya...kerana ia mengambil yang masa agak lama untuk disiapkan. Dalam menganalisis data ini ia memerlukan ketelitian dan ketepatan yang merumitkan bagi kami..pada mulanya memasukkan data ini begitu membosankan, tetapi lama-kelamaan ia begitu meyeronokkan kerana kami terkenang sewaktu membuat temubual respondan yang banyak kerenah...membuatkan kami tergelak besar...akhirnya kerja menganalisia dapat kami siapkan dalam masa satu hari....

Di mana tempat tunggu bas!!!!


Masalah ketiadaan tempat tunggu bas di Sepang lama...

Friday, November 14, 2008

Tinjauan

Di Taman Murni 2, kami melihat keadaan bangunan kedai yang terbiar...ini mencacatkan pemandangan, bangunan kedai ini telah dijadikan tempat minum arak, menghidu gam..kerana terdapat botol-botol arak dalam bangunan tersebut..malah keadaan longkang yang tersumbat..menyebabkan pembiakan nyamuk..ini boleh mendatang pelbagai penyakit..

Keadaan Sepang lama




Bangunan yang ada di Sepang lama...
kebanyakkanya bangunan lama..



sampah sarap dibuang di tepi bangunan..malah longkang hanya ditutupi dengan kayu sahaja..ini bahaya kepada orang yang lalu lalang di kawasan tersebut...boleh dikatakan Sepang Lama mempunyai pekan yang tidak terurus dan tiada kemajuan dari segi pembangunan...diharap MPS lebih prihatin terhadap kawasan tersebut...

Sunday, November 9, 2008

Sepang Lama

Masalah Air
kami sempat melihat penduduk Sepang Lama mengangkut air kerana ketiadaan bekalan air baru-baru ini..disebabkan paip utama dikampung Revolusi Hijau pecah...ekoran daripada itu beberapa kampung terputus bekalan air.....sudah 3 hari masalah ketiadaan air...kesian mereka kan???..menurut penduduk di sana pihak syabas telah membekalkan air, tetapi tidak mencukupi...diharap pihak terbabit dapat
menangani masalah ini dengan segera...

Mereka menunggu giliran semata-mata untuk mengangkut air untuk keperluan harian mereka..







Keadaan longkang di Sepang Lama....masih ada batang paip yang rosak, namun pihak berkenaan masih tidak mengambil tindakan untuk memperbaikinnya...

Monday, November 3, 2008

Paip Pecah-Sepang


SEPANG 16 Okt. - Lebih 350,000 pengguna di daerah ini, Hulu Langat dan Kuala Langat terputus bekalan air sejak pagi ini setelah tiga batang paip utama pecah di Kampung Revolusi Hijau, Semarang di sini, patah. Antara kawasan di Sepang yang terputus bekalan ialah seluruh pekan Dengkil, Jenderam Hulu dan Hilir, Sungai Buah, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Sepang, pekan Sungai Pelek, Kampung Hulu Choh, Taman Pantai Sepang Putra, Taman Sri Bayu dan Bagan Lalang. Di Hulu Langat pula, antara kawasan yang terlibat ialah sebahagian besar Bandar Baru Bangi, Kampung Teras Jernang, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Jalan Bangi-Semenyih, Rinching Hulu dan sebahagian Semenyih. Di Kuala Langat, kawasan yang terjejas ialah seluruh mukim Tanjung Dua Belas Satu dan Dua, kawasan Jugra, mukim Batu, mukim Morib termasuk Kampung Kanchong Darat dan Kampung Kelanang.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) percaya ia disebabkan oleh kerja-kerja mengorek pasir secara haram di kawasan berdekatan. Sementara itu, Pengarah Eksekutif Operasi Syabas, Ir. V. Subramaniam berkata, kerja-kerja pembaikan dijangka sukar berikutan musim hujan sekarang ini.

Sementara itu, Ketua Kampung Semarang, Abdul Ghaffar Man, 63, berkata, pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang kerja mengorek pasir secara haram itu tetapi bidang kuasa mereka amat terhad. "Saya telah melaporkan masalah ini kepada Pegawai Daerah, namun tiada tindakan diambil setakat ini dan beliau memberitahu kuasanya juga terhad," ujarnya ketika ditemui di sini..

Rakannya, Manimohan Perumal, 42, berkata, penduduk kesal kerana tiada tindakan diambil terhadap kegiatan mengorek pasir itu walaupun telah beberapa kali diadukan kepada pihak berkuasa. "Apabila berlaku kejadian seperti ini, siapa yang mahu dipersalahkan?" soalnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som dalam kenyataan akhbarnya berkata, Syabas menyediakan 33 lori tangki bagi membekalkan air kepada kawasan-kawasan yang terlibat dan sembilan buah lori tangki air diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Syabas turut menyediakan sebanyak 438 buah tangki statik di beberapa kawasan yang dikenal pasti, bertujuan memudahkan penduduk kawasan terlibat mendapatkan bekalan air bersih. Syabas juga membuka pusat operasi krisis 24 jam di ketiga-tiga wilayah terlibat bagi memudahkan penduduk mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian tersebut.