Wednesday, November 19, 2008

Bahagian A: Latar belakang respondan


Bahagian A merangkumi dua subtopik iaitu bahagian satu demografi ( jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan, negeri asal,tempat tinggal semasa, tempoh menetap di kediaman semasa) dankedua latar belakang pekerjaan dan pasangan( jenis pekerjaaan, organisasi, tempat kerja, tempoh bekerja dan pendapatan bulanan)


BAHAGIAN DEMOGRAFI

i) Jantina



Carta bar ini menunjukkan bilangan respondan lelaki seramai 27 orang iaitu 60 peratus manakala bilangan respondan perempuan hanya 18 orang iaitu 40 peratus dan totalnya 45 orang...oleh itu bilangan respondan yang paling ramai berbanding dengan bilangan respondan perempuan...


ii) Umur


Terdapat pelbagai umur di kalangan respondan kami. Umur yang paling ramai ialah yang berusia 27 tahun dan 32 tahun masing-masing 4 orang atau 8.9 peratus, diikuti umur 33 tahun seramai 3 orang atau 6.7 peratus..manakala paling sedikit berumur antara 1 hingga 65 tahun seramai seorang atau 2.2 peratus dan selebihnya boleh lihat pada jadual di bawah..



ii) Bangsa



Dalam katogeri bangsa pula, bilangan bangsa melayu paling ramai iaitu 28 orang sebanyak 62.2 peratus, bangsa cina pula seramai 8 orang iaitu sebanyak 17.8 peratus manakala bagi bangsa india paling sekidit seramai 7 orang iaitu 15.6 peratus dan selebihnya kaum lain seramai 2 orang iaitu 4.4 orang.


iv) Tahap Pendidikan



Majoriti responden mempunyai tahap pendidikan diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) seramai 19 orang respondan mempunyai SPM iaitu sebanyak 42.2 peratus. Kedua tertinggi ialah tahap pendidikan adalah PMR/LCE/SPR seramai 12 orang iaitu 26.7 peratus. Manakala yang terendah ialah respondan yang memiliki tahap pendidikan STPM, ijazah lanjutan dan lain-lain adalah seramai 2 orang sebanyak 4.4 oeratus..serta lain paling akhir yang tidak mempunya tahap pendidikan hanya seorang iaitu 2.2 peratus.





5) Negeri Asal


Majoriti respondan berasal dari negeri Selangor. Jumlah penduduk asal paling tinggil ialah di negeri selangor sramai 21 orang atau 46.7 peratus manaka kedua tertinggi dari negeri Sembilan seramai 6 orang iaitu 6.7 peratus manakal ketiga tertinggi ialah Indonesia, Johor, dan Terengganu masing-masing seramai 3 orang atau 13.3 peratus dan selebihnya dari negeri Kelantan, Perak, seramai 2 0rang atau 4.4 peratus seterusnya bagi negeri , Kedah, Sabah dan India masing-masing seorang atau 2.2 peratus.



6) Tempat Tinggal Semasa


Majoriti tempat tinggal semasa respondan adalah di Sepang, Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi. Jumlah paling tinggi ialah seramai 14 orang atau 31.1 peratus, diikuti Dengkil seramai 13 orang atau 28.9 peratus manakala ketiga di Bnadar Baru salak Tinggi seramai 8 orang atau 17.8 peratus dan selebihnya di bandar-bandar lain seperti dalam graf di bawah.

7) Tempoh Menetap di Kediaman Semasa



Tempoh menetapdi kediaman semasa bagi setiap respondan amat berbeza..berikut telah di nyatakan dalam graf di bawah...


BAHAGIAN LATAR BELAKANG PEKERJAAN DAN PENDAPATAN

Terdapat pelbagai jenis pekerjaan respondan...pekerjaan yang paling banyak ialah berniaga seramai 7 orang iaitu 15 peratus, manakala sederhana jenis pekerjaan operator pengeluaran, suri rumah, pemandu masing-masing seramai 4 orang iaitu 8.9 peratus yang sedikit bidang-bidang kerja lain..bagi pasangan respondan majoriti tidak bekerja 23 orang iaitu 51.1 peratus..manakala sebagai suri rumah seramai 9 orang iaitu20 peratus dan selebihnya bekerja..


Manakala organisasi respondan adalah terdiri daripada kerajaan, swasta dan sendiri..paling banyak yang bekerja di organisasi swasta seramai 16 0rang iaitu 36.6 peratus, yang kedua di organisasi kerajaan seramai 11 orang iaitu 24.4 peratus..manakala yang sedikit bekerja sendiri seramai 10 orang iaitu 22.2 peratus..manakala pasangan respondan sama sperti respondan ooganisasi swasta paling banyak seramai 6 orang iaitu 13.3 peratus, kedua sendiri seramai 3 orang iaitu 6.7 peratus di ikuti kerajaan seramai 2 orang iaitu 4.4 peratus dan selebihnya semi kerajaan.

Majoriti setiap respondan mempunyai tempat kerja yang berbeza-beza. Tempat kerja yang paling ramai ialah di Bandar Baru Salak Tinggi seramai 8 orang iaitu 17.8 peratus, kedua di dengkil seramai 6 orang iaitu 13.3 orang manakal ketiga tertinggi tempat kerja ialah di putrajaya seramai 5 orang iaitu 11.1 peratus..manakala bagi pasangan respondan tempat kerja yang paling ramai ialah di Sepang dan Bandar Baru Salak Tinggi masing-masing seramai 3 orang iaitu 6.7 peratus selebihnya tiada pekerjaan.




Pembahagian Bab

Tugasan yang kami lakukan sebenarnya berkenaan perspektif awam terhadap tahap keefisienan bandar di kawasan pihak berkuasa tempatan di daerah sepang....dalam borang soal selidik merangkumi lima bahagian...iaitu..
  1. Bahagian A: Latar belakang respondan
  2. Bahagian B: Tahap keefisienan bandar
  3. Bahagaian C: Rangking tahap keefisienan bandar mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan
  4. Bahagian D: Pengalaman berdepan ketidak-efisienan bandar
  5. Bahagian E: Pendangan umum penduduk tentang keefisienan bandar

kerja

aahhh...memang banyak yang perlu dianalisis data soal selidik...kumpulalan kami telah berusaha menyiapkan analisis data, akhirnya dapat disiapkan walaupun banyak perkara yang perlu kami lakukan dalam menyiapkan kerja ini...dengan adanya kerjasama kumpulan kami, kami berjaya settle kerja kami.. sekarang hanya menunggu masa untuk masukkan dalam blog.....iaitu tugasan kemuncak kami sebagai student. ....hehehe untuk habiskan tugasan kami semua....bagi kursus SKAD2063

Monday, November 17, 2008

cabaran memasukkan data...



Pada hari isnin, kumpulan saya telah berusaha untuk memasukkan data dengan mengunakan SPSS... selesai sahaja exam kaedah penyelidikan sosial, kami bergegas pulang semata-semata mahu siapkan kerja masukkan data yang masih belum siap sepenuhnya...kerana ia mengambil yang masa agak lama untuk disiapkan. Dalam menganalisis data ini ia memerlukan ketelitian dan ketepatan yang merumitkan bagi kami..pada mulanya memasukkan data ini begitu membosankan, tetapi lama-kelamaan ia begitu meyeronokkan kerana kami terkenang sewaktu membuat temubual respondan yang banyak kerenah...membuatkan kami tergelak besar...akhirnya kerja menganalisia dapat kami siapkan dalam masa satu hari....

Di mana tempat tunggu bas!!!!


Masalah ketiadaan tempat tunggu bas di Sepang lama...

Friday, November 14, 2008

Tinjauan

Di Taman Murni 2, kami melihat keadaan bangunan kedai yang terbiar...ini mencacatkan pemandangan, bangunan kedai ini telah dijadikan tempat minum arak, menghidu gam..kerana terdapat botol-botol arak dalam bangunan tersebut..malah keadaan longkang yang tersumbat..menyebabkan pembiakan nyamuk..ini boleh mendatang pelbagai penyakit..

Keadaan Sepang lama




Bangunan yang ada di Sepang lama...
kebanyakkanya bangunan lama..



sampah sarap dibuang di tepi bangunan..malah longkang hanya ditutupi dengan kayu sahaja..ini bahaya kepada orang yang lalu lalang di kawasan tersebut...boleh dikatakan Sepang Lama mempunyai pekan yang tidak terurus dan tiada kemajuan dari segi pembangunan...diharap MPS lebih prihatin terhadap kawasan tersebut...