Di Malaysia, isu tentang percambahan kawasan setinggan telah hangat diperkatakan sejak dulu lagi.Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan termasuk merobohkan kawasan setinggan yang terletak di atas tanah kerajaan, namun masih ada beberapa pihak yang masih berdegil dan tidak mengendahkan tindakan yang telah diambil ataupun yang akan diambil oleh pihak kerajaan.
Terdapat beberapa perkara yang telah dikesan menjadi punca utama percambahan kawasan setinggan di negara kita. Antaranya ialah kedatangan pendatang tanpa izin dan buruh asing yang telah membanjiri kita. Kedatangan mereka ini adalah kerana peluang pekerjaan yang tinggi ditawarkan di negara ini disamping perbezaan nilai matawang negara kita yang lebih tinggi berbanding dengan negara mereka. Walaubagaimanapun,kita tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus kerana hal ini berpunca daripada sikap rakyat kita sendiri yang malas dan terlalu memilih pekerjaan. Rakyat kita lebih suka memilih pekerjaan yang dikatakan lebih standart seperti pekerjaan di pejabat danmeminggirkan pekerjaan seperti buruh binaan, petani dan sebagainya. Keadaan inilah yang telah menyebabkan berlakunya kebanjiran pendatang asing di negara kita dan menambahkan masalah setinggan.
Seiring dengan era teknogi maklumat,negara kita telah melangkah setapak lagi ke arah kemajuan dan manjadi sebuah negara membangun di dunia. Dengan kemajuan ini, taraf hidup rakyat Malaysia turut meningkat. Walaubagaimanapun, terdapat juga sebahagian rakyat yang tidak mampu bergerak seiring dengan kemajuan negara ini dan hidup terpinggir. Mereka tidak mampu unutk membeli rumah lalu memilih untuk membina rumah setinggan di kawasan tanah kosong. Hal ini juga menjadi punca bertambahnya penempatan setinggan di negara kita.
Kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi menghapuskan kawasan setinggan. Kerajaan telah mengambil tindakan drastik dengan merobohkan rumah-rumah di kawasan setinggan. Hanya dengan cara ini dapat menakutkan mereka supaya tidak melanggar undang-undang. Walaubagaimanapun, masih ada pihak yang berdegil dan melakukan demonstrasi bagi membantah perobohan rumah mereka dengan alasan mereka tidak mempunyai hala tuju lain. Kerajaan juga telah mengambil langkah menghantar pendatang tanpa izin yang datang ke negara ini pulang ke tempat asal mereka semula. Pihak kastam telah mengambil langkah mengawasi setiap pintu masuk dan sekitar perairan yang kerap kali digunakan oleh tekong untuk membawa pendatang izin masuk. Bagi tanah milik persendirian, kerajaan menyarankan agar tanah itu diusahakan dengan menanam buah-buahan atau memajukan tanah itu kepada ladang kelapa sawit atau getah. Kerajaan juga akan memberikan pinjaman kepada pengusaha yang ingin mengusahakan tanaman mereka.
Di samping itu,kerajaan juga telah menggalakkan pembinaan rumah kos rendah dan rumah pangsa bagi mereka yang kurang berkemampuan. Dengan usaha ini, secara tidak langsung,ia dapat menampung keperluan penduduk Malaysia yang semakin meningka dan ditambah pula dengan kemasukan pendatang asing.
Sungguhpun demikian, jika kerjasama daripada rakyat Malaysia sendiri tidak ada, tidak mungkin semua rancangan ini akan berjaya.

No comments:
Post a Comment