Monday, August 18, 2008

Penempatan

Kampung Setinggan

Kampung Setinggan merupakan satu petempatan di bandar atau pinggir bandar yang penghuninya tidak mempunyai hak nyata ke atas pemilikan. Aktiviti penduduk di Kampung Setinggan adalah terdiri daripada peniaga, kakitangan awam dan swasta dan sebagainya. Penduduk di kampung setinggan adalah terdiri daripada pelbagai kaum. Walau bagaimanapun, disebabkan keperluan terhadap buruh asing yang mendesak, penduduk yang mendiami kawasan setinggan adalah pendatang asing yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh binaan dan buruh di kawasan lperladangan. Kepadatan penduduk di kawasan ini adalah sederhana dan rumah didirikan secara rapat-rapat. Tiada susunan yang jelas ke atas corak petempatan kawasan setinggan ini, rumah-rumah dihubungi dengan lorong-lorong kecil sahaja. Perkampungan setinggan pada lazimnya tidak mempunyai kemudahan asas dan utiliti yang sempurna, sebaliknya menggunakan kemudahan-kemudahan di kawasan berdekatan atau jika ada pun ianya dikongsi bersama. Contoh kampung ini ialah Kampung Abdullah Hukum, di bahagian barat pusat bandaraya Kuala Lumpu.

No comments: