Thursday, November 20, 2008

Bahagian D: Pengalaman Berdepan Dengan Ketidak-efisienan Bandar Sepang 5 Tahun Lepas

Apa yang kami dapat daripada beberapa respondan yangkami temubual, ialah mereka mengalami peristiwa yang menggambarkan ketidak-efisienan pihak PBT. Antaranya ialah masalah banjir yang berlaku di sebuah taman perumahan di Dengkil. Masalah yang berlaku ini menyukarkan penduduk untuk berulang alik dari tempat kerja dan menyukarkan para pelajar untuk ke sekolah. Banjir akan berlaku setiap kali banjir, ini didebabkan oleh sistem peparitan yang tidak sistematik. Selain itu juga masalah pengangkutan lori pasir yang menyebabkan jalan rosak dan pasir-pasir yang diangkut oleh lori jatuh ditengah-tengah jalan ini membahayakan keselamaytan pengguna jalanraya yang lain. Masalah ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan.. Secara umumnya, daripada apa yang kami dapat daripada responden, rata-ratanya mengatakan bahawa pihak PBT masih lagi tidak berapa efisien dalam menangani masalah penduduk. Tetapi, ada juga yang mengatakan bahawa pengurusan pihak PBT adalah sangat cekap. Setiap pandangan individu sangat berbezakan apa pun diharap pihak PBT lebih peka dengan masalah penduduk tempatan..

No comments: