Assalamualaikum semua....kini baru kutahu rupanya Dengkil bukanlah sebuah kawasan perkampungan....sebelum ini aku hanya fikir bahawa kawasan Dengkil itu sebuah pekan yang terpencil dan tidak mempunyai kemudahan yang lengkap...macam-macam pandanganku terhadap kawasan tersebut..namun setelah aku dan rakan-rakan yang lain pergi sendiri ke Dengkil baru lah aku tahu bahawa Dengkil tidak seperti apa yang aku fikirkan selama ini...rupanya bandar Dengkil merupakan sebuah bandar yang sedang membangun dan mempunyai potensi untuk dimajukan..
Kami memilih bandar Dengkil yang pertama untuk disurvey dan menemubual penduduk kawasan itu..banyak maklumat dan pengetahuan tentang Dengkil yang kami perolehi hasil daripada temubual kami dengan penduduk di situ..penduduk di sana sangat berpuas hati dengan tahap perkembangan di bandar Dengkil pada masa ini berbanding pada tahun-tahun sebelum ini. Mereka juga mengatakan hasil perkembangan bandar Dengkil juga disebabkan ianya berdekatan dengan Sepang dan Putrajaya..ekoran daripada pembangunan di kawasan itu..Dengkil menerima tempias dari segi pembangunan dan juga mempunyai hampir kesemua kemudahan..dan boleh dikatakan Dengkil kini berada di tahap kawasan yang membangun..
Namun menurut beberapa respondan yang kami temubual...bandar Dengkil masih lagi mempunyai masalah lain terutamanya dari segi pengangkutan...ini kerana Bandar Dengkil masih lagi kekurangan tempat menunggu bas atau bus stop..ini menjadi masalah kepada penduduk setempat untuk menunggu bas dalam keadaan panas dan hujan..diharap kepada pihak berkenaan dapat menangani masalah secepat mungkin untuk keselesaan penduduk..kini banyak bangunan-bangunan baru yang sedang dibina di kawasan bandar Dengkil..akhirnya segala persoalan yang menjadi tanda tanya sbelum ini telah terjawap bahawa bandar Dengkil bukan lah kawasan yang terpencil dari segi pembangunan setelah aku dan rakan-rakan turun ke kawasan kajian kami..baru kami tahu..tahap perkembangan dan juga masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan itu...

No comments:
Post a Comment