Friday, October 17, 2008

Hari Pertama di Fieldwork

Sebelum kami sampai ke tempat kawasan kajian...kitorang bimbang takut tidak dapat kerjasama daripada respondan.. apa yang kami fikir kaum lain adakah mereka sudi memberi kerjasama????....kawasan kajian kami adalah di daerah Sepang..pada 16 0kt 2008 iaitu hari khamis bermula lah misi kami untuk menyelesaikan tugas kami sebagai Enumerator..tujuan kami mendapatkan respondan adalah untuk melihat perspektif masyarakat terhadap kecekapan bandar di daerah tersebut...kami hanya memilih kawasan utama iaitu di Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi dan Sepang...pada hari pertama kami telah memulakan kajian di Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi..tumpuan utama kami di kawasan perumahan, taman-taman, kawasan kedai dan tempat-tempat yang terdapat orang ramai...

Apa yang saya nak kongsi adalah kesukaran untuk mendapatkan respondan untuk ditemubual..mereka tidak mahu memberi kerjasama kepada kami walaupun hanya untuk beberapa minit sahaja. Namun kesukaran itu tidak menjadi halangan kami untuk teruskan kajian kami..demi menyiapkan tugas yang telah diamanahkan kami tidak berputus asa untuk teruskan kerja ini..apa yang menyedihkan kami ialah kerjasama dari kaum lain iaitu kaum cina...agak sukar untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka..pelbagai alasan diberikan olah mereka semata-mata tidak mahu ditemubual...berbanding dengan kaum india dan melayu yang memberi kerjasama walaupun ada segelintir kaum india yang tidak tahu bahasa melayu namun atas bantuan keluarga mereka ia dapat memberi maklumat kepada kami semua..

Apa yang menarik kali ini kami mendapat respondan yang baik hati dan senang untuk ditemubual..mereka sangat ramah dan sanggup menghantar kami ke tempat lain untuk meneruskan survey kami...terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang memberi kerjasama..apa yang menjadi halangan kami ialah keadaan cuaca panas pada waktu tengahari..rasa terbakar kulit nasib baik la kami sediakan payung..disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan akhirnya..menyebabkan kajian kami terbantut..kerana hujan yang sangat lebat kami terpaksa tangguhkan kajian kami..hari pertama kami hanya mendapat 24 respondan..selama 6 jam kami berada di kawasan kajian...pengalaman ini amat bermakna buat kumpulan kami..

No comments: