Monday, October 6, 2008

Buletin Sepang-julai 2008-


MPSepang CATAT KEJAYAAN DALAM ICT

MPSepang telah mencatat kejayaan dalam bidang informasi teknologi pada tahun ini apabila laman web MPSepang iaitu www.mpsepang.gov.my telah diikhtiraf tempat ke 4 terbaik dan tempat ke 2 bagi ‘online services’ di kalangan PBT Malaysia oleh Perbadanan Multimedia Malaysia (MDeC). Kejayaan ini sejajar dengan kedudukan Cyberjaya dalam Daerah Sepang dan sebagai sebuah PBT yangmentadbir Bandar IT ini.

USAHASAMA MPSepang DALAM MENJAYAKAN WCIT

MPSepang telah menjadi ‘supporting partner’ dalam World Congress On Information Technology 2008 (WCIT) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 18 hingga 22 Mei 2008 lalu. Satu lawatan teknikal ke Cyberjaya yang dihadiri oleh 157 peserta antarabangsa dan tempatan telah diadakan sempena WCIT tersebut bertempat di cyberview Resort pada 22 Mei 2008.


LORI HASIL BANTU PENDUDUK BUAT BAYARAN

Majlis Perbandaran Sepang kini menyediakan perkhidmatan pungutan hasil seperti sewaan, cukai dan kupon pasar dengan menggunakan lori hasil. Lori tersebut akan berada di beberapa lokasi bagi menerima pembayaran. Perkhidmatan ini membolehkan pembayar cukai, penyewa gerai dan penjaja pasar malam untuk menjalankan tanggungjawab menjelaskan bayaran tanpa perlu hadir ke pejabat MPSepang di Cyberjaya

No comments: