Sunday, October 12, 2008

Dengkil perlukan perhatian

Dengkil salah satu pekan yang terletak di dalam parlimen sepang ibarat sebuah kawasan 'hidup segan, mati tak mahu' kerana terletak jauh dari bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Shah Alam. Setelah terbinanya Putrajaya dan Cyberjaya, pekan Dengkil kelihatan menerima tempias pembangunan sedikit demi sedikit dengan pelbagai kemudahan sedang dimajukan. Kini, pekan Dengkil menjadi laluan penting untuk dilalui oleh mereka yang datang dari arah Banting, Kajang dan Bangi untuk menuju ke kedua-dua bandar baru itu...menjadikan Dengkil mengalami pertambahan penduduk dan sentiasa hidup serta sibuk dengan kehadiran kenderaan dan orang ramai. Di dalam kemajuan yang sedang rancak berlaku di Dengkil, terdapat beberapa aspek kelemahan perlu diperbaiki oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), terutamanya daripada segi kemudahan orang awam yang perlu mendapatkan perhatian MPSepang seperti ketiadaan perhentian bas dan terdapat beberapa jalan sudah mengalami kerosakan yang cukup teruk. Ketiadaan kemudahan perhentian bas di tengah-tengah pekan Dengkil, ia boleh menyusahkan kepada orang ramai yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam tersebut. walaupun terdapat stesen bas disediakan, namun ia tidak mendapat perhatian masyarakat kerana bas-bas di situ tidak mahu singgah di situ sebaliknya hanya akan berhenti di hadapan Masjid Jamaatus Solehah. Malahan penumpang terpaksa menunggu lama sambil berdiri kerana perkhidmatan bas bherkenaan hanya satu jam sekali. Diharap MPSepang dapat melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu itu demi keselesaan penduduk pekan Dengkil.

2 comments:

wendyvalenti said...

Best 3-Satin Glasses - Titianium Art - The Artistry of Tintor
Titanium Art is titanium sia your source for all of the world's most popular, authentic apple watch titanium vs aluminum jewelry, ceramic or titanium flat iron created to be worn, titanium teeth k9 loved, and loved by all. men\'s titanium wedding bands

shuthe said...

find out this here wholesale sex toys,sex chair,cheap sex toys,dog dildo,dildo,real dolls,cheap sex dolls,realistic dildo,dildos i was reading thisclick for info replica bags have a peek at these guys