Beberapa hari ini beberapa media kepunyaan kerajaan memainkan isu kelulusan Ladang Moden Babi di Kuala Langat, kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak sensitif kepada kepentingan umat Islam. Hari ini, Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa keputusan Ladang Moden Babi tersebut dibuat di dalam Mesyuarat Exco pada 30 Januari 2008 - di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Dengan adanya projek tersebut, semua penternak-penternak babi di Selangor akan dipindahkan ke satu tempat, selaras dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan Negeri mengumumkan tiada ladang babi baru akan diluluskan. Ladang baru tersebut akan menggunakan teknologi Jerman yang akan memastikan semua sisa digunakan semula di dalam kawasan ladang tersebut.
Wednesday, October 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment